Mercedes-AMG A 35, CLA 35 ditawar dalam versi Edition 55

oleh Mohamad Hanif|
Selepas model G-wagen dan AMG GT, Mercedes-AMG kini menawarkan dua model baharu Edition 55 bersempena dengan ulang tahun yang ke-55, iaitu Mercedes-AMG A 35 Edition 55 dan Mercedes-AMG CLA 35 Edition 55.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua A 35 dan CLA 35 AMG itu didatangkan dalam warna Cosmos Black Metallic atau Digital White Metallic, diikuti dengan jalur grafik pada bahagian sisi yang memaparkan logo AMG, serta rim bersaiz 19 inci dengan kemasan Titanium Grey.
 

A 35


Selain daripada itu, model terbaharu Edition 55 ini datang standard dengan pakej aerodinamik AMG yang merangkumi splitter depan, sayap belakang, diffuser hitam berkilat, diikuti dengan AMG Night Package I dan Night Package II yang turut menambah kemasan hitam berkilat pada trim luaran.

Sebagai penutup, model A 35 dan CLA 35 Edition 55 ini dilengkapkan dengan penutup tangki AMG, tip ekzos krom hitam dan tingkap gelap.
 

A 35


Ruang kabin pula dipadankan dengan upholsteri dua tona kulit hitam dan merah, diikuti dengan roda stereng balutan suede Dinamica, logo 55 AMG pada posisi pukul 6, alas lantai Edition 55 serta plet ambang pintu dengan logo AMG beriluminasi.

Kedua-dua model ini hanya ditawarkan di pasaran Eropah sahaja buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan imej yang dibekalkan, ketiga-tiga model tersebut bakal tampil dengan pakej AMG…