Mercedes-AMG A 35 4MATIC 2022 - Versi CKD, harga jualan dari RM325k

oleh Mohamad Hanif|
Muncul secara rasmi dalam unit CBU pada tahun 2019, Mercedes-Benz Malaysia mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan memperkenalkan sedan pantas Mercedes-AMG A 35 4MATIC versi pemasangan tempatan (CKD).

Berbanding dengan unit CBU, A 35 AMG ini menampilkan kelengkapan yang lebih menyeluruh, seperti contoh pakej Parking dengan kamera 360 darjah, paparan head-up, serta butang fungsi khas pada roda stereng AMG.
 

A 35


Ia juga turut dilengkapi dengan sistem audio keliling Burmester, KEYLESS-GO Comfort Package, pengecasan tanpa wayar, dan MBUX Interior Assistant yang mampu memudahkan pemandu.

Imej sporti diserlahkan lagi dengan penggunaan bahan kulit ARTICO (opsyen) atau  gentian mikro DINAMICA, trim Aluminium AMG Design, balutan kulit nappa pada roda stereng, serta tali pinggang keledar berwarna merah MANUFAKTUR.
 

A 35


Di bahagian luar, sedan A 35 AMG ini dilengkapi dengan rim aloi AMG bersaiz 19 inci, serta pemilihan warna Polar White, Cosmos Black, Iridium Silver, Mountain Grey dan Denim Blue.

Dari segi kuasa, Mercedes-AMG A 35 ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 306 hp dan daya kilas 400 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC dan sistem transmisi AMG Speedshift DCT 7G.
 

A 35


Secara standard, sedan ini turut didatangkan dengan sistem suspensi AMG Ride Control, AMG Dynamic Select, Adaptive Highbeam Assist Plus, serta ciri keselamatan termasuklah Lane Tracking Package, Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Exit Warning Assist, Active Brake Assist dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Harga jualan bermula dari RM325,090 untuk tempahan sebelum 30 Jun 2022, atau bermula dari RM343,888 untuk tempahan yang dibuat selepas tarikh 1 Julai 2022.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program lanjutan jaminan ini bakal menambah nilai serta perlindungan menyeluruh, khususnya kepada…
Berita Domestik
Terdapat beberapa perkhidmatan langganan yang ditawarkan untuk tempoh langganan serendah satu tahun…
Berita Domestik
Outlet terbaharu Minsoon Star Seremban Autohaus ini menampilkan konsep pengalaman runcit mewah…