Mercedes A-Class 2018 lebih mantap, lebih canggih, lebih mahal (dari RM228k)

oleh HEZERI SAMSURI|
Mercedes-Benz A-Class, model yang popular dikalangan muda-mudi Malaysia kini telah mendapat model pengganti.

Kod model W177, A-Class terbaharu menggunakan platform Modular Front Architecture yang membantu menjadikannya 127mm lebih panjang, 16mm lebih lebar dan 7mm lebih tinggi dari model sebelumnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin kerana itu juga, A-Class baharu ini mempunyai ruang tempat barang yang 29 liter lebih besar (370 liter).

Dua varian diperkenalkan malam tadi, varian A200 Progressive Line yang berharga RM227,888 dan A250 AMG line yang berharga RM263,888.

 

 

Kedua-dua varian mempunyai perbezaan yang ketara walaupun dari luaran, cuma nampak bamper A250 lebih agresif.

A250 menerima sentuhan aksesori AMG seperti corong ekzos berkembar, roda aloi 18-inci AMG, skirting sisi, cakera brek hadapan cross-drilled dan logo-logo AMG.

Seperti BMW, kedua-dua varian tidak mempunyai tayar simpanan, dan cuma A250 dilengkapi dengan kit menampal tayar bocor. 

 

 

A250 datang dengan tayar biasa tetapi A200 datang dengan tayar run-flat yang lebih mahal.

Jadi jika anda hendak berjalan pulang ke kampung di tengah malam, baca doa banyak-banyak kerana bocor yang besar tidak akan dapat ditampung oleh kit penampal (bercerita dari pengalaman).

Bahagian kabin, A200 mendapat kemasan kayu hitam dan kulit tiruan Artico. A250 pula diberi tempat duduk sport yang dibalut dengan kulit tiruan Artico dan microfiber Dinamica, stereng dibalut kulit Nappa dan kemasan aluminium.

Papan pemuka A-Class memang stailo - skrin paparan info dan meter yang panjang umpama sebuah kenderaan masa hadapan. 

 

 

Corong pendingin hawa ala turbin juga membuatkan kami teruja dan Salina, editor wakil kaum Hawa kami menjerit kesukaan apabila beliau dapati warna lampu ambient di dalam kabin A-Class baharu ini boleh ditukar-tukar kepada mana-mana dari 64 warna pilihan.

Ini bermakna pemandu wanita akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk memilih warna lampu kabin A-Class yang sesuai dengan warna tudung mereka.

Haishh... 

 

 

A-Class juga mempunyai komputer yang bijak dan boleh bersuara seperti SIRI di dalam iPhone.

Cuma ucapkan hey Mercedes dan pemandu boleh mengawal pelbagai fungsi-fungsi. Sistem ini juga mampu mengenal-pasti bahasa ringkas dan berkebolehan belajar loghat atau telor Bahasa Inggeris seseorang.

Mungkin kita boleh mencuba memanggilnya Hey Masedes dan lihat samada ia faham atau tidak.

Apapun, Voice Command seperti ini wujud di dalam trak pikap Ford Ranger dengan sistem SYNC3 yang juga bijak dan dengarnya Geely juga memberikan teknologi ini kepada Proton agar rakyat Malaysia boleh berbangga kereta nasional dilengkapi dengan fungsi-fungsi canggih hasil fikiran anak watan.

 

 

Untuk kaum lelaki, info teknikal lebih menggiurkan. 

Mercedes-Benz A200 Progressive Line (RM227,888 tanpa insurans)

  • Enjin:   Kod M282 1,332cc 4-silinder turbo (dibina bersama Renault)
  • Kuasa maksimum: 163hp @ 5,500rpm
  • Tork maksimum: 250Nm @ 1,620 - 4,000rpm
  • Transmisi: 7-kelajuan dwi-klac basah dari Getrag
  • Pecutan 0-100 kmsj: 8.0 saat
  • Halaju maksimum: 225 kmsj
  • Penggunaan bahan api: 5.2L/100km
  • Sistem gantungan belakang: Torsion beam

Mercedes-Benz A250 AMG Line (RM263,888 tanpa insuran)

  • Enjin: Kod M260 1,991cc 4-silinder turbo (sama enjin yang lama)
  • Kuasa maksimum: 224hp @ 5,500rpm
  • Tork maksimum: 350Nm @ 1,800-4,000rpm
  • Transmisi: 7G-DCT dwi-klac basah
  • Pecutan 0-100 kmsj: 6.2 saat
  • Halaju maksimum: 250 kmsj
  • Penggunaan bahan api: 6.2L/100km
  • Sistem gantungan belakang: Multilink

 

 

Nampaknya memang A250 mempunyai lebih banyak kelengkapan teknikal yang baik dan memang direka untuk prestasi pemanduan.

Sementara itu A200 adalah pilihan yang juga mewah tetapi menekankan pemanduan santai, sesuai dengan mereka yang berjiwa lembut.

Dari segi alatan keselamatan, kedua-dua varian didatangkan dengan:

  • Tujuh beg udara
  • Active Brake Assist (brek kecemasan autonomi)
  • Sistem Bacaan Tekanan Udara Tayar
  • Active Parking Assist dengan kamera undur
buttons

 

Mercedes-Benz Malaysia juga memberikan pilihan pakej pembiayaan yang menarik.

Pakej A: termasuk insuran dan kos servis.
Pakej A+: termasuk aksesori asli seperti spoiler, skirt sisi dan roda aloi.

Anda juga boleh memilih pakej pembiayaan seperti bayaran bulaan serendah RM1,988 dengan tiga tahun pajakan serta bayaran muka 22 peratus dari harga kenderaan.

SIla lawati mana-mana dewan pameran Mercedes-Benz berhampiran untuk melihat sendiri A-Class baharu ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…