Menunggang motosikal mampu kurangkan stress - kajian

oleh Mohamad Hanif|

Ada kalanya anda merasakan kehidupan seharian anda begitu memenatkan, mungkin ada perlunya anda mencapai kunci motosikal dan mula menunggang. 

Jika anda merasakan kami bermain-main, terdapat sebuah kajian yang dijalankan oleh Semel Institute for Neuroscience and Human Behaviour yang mengesahkan tabiat menunggang motosikal sebenarnya baik untuk kesihatan mental. 

Kajian yang dijalankan oleh University of California dengan tajaan Harley-Davidson ini menggunakan peralatan EEG (electroencephalogram) untuk mengkaji aktiviti otak dan hormon para penunggang sebelum, semasa dan selepas aktiviti menunggang motosikal, memandu dan berehat. 

Hasil kajian menunjukkan aktiviti menunggang motosikal selama 20 minit itu sebenarnya mampu kurangkan 28% kadar ketegangan yang dialami, selain meningkatkan kadar degupan jantung sebanyak 11% dan adrenalin sebanyak 27% - sama seperti melakukan senaman ringan.
 


Kajian itu juga turut menyamakan kadar peningkatan aktiviti otak akibat menunggang motosikal ini adalah sama seperti perbuatan meminum secawan kopi yang didakwa mampu untuk meningkatkan tahap kewaspadaan di jalanan. 

Selain daripada menunggang motosikal, antara aktiviti lain yang mampu memberikan kesan yang serupa adalah berjogging di pagi hari dan bermain golf. 

Menurut salah seorang pengkaji, Don Vaughn berkata, "kami tahu ramai penunggang melaporkan aktiviti tersebut mampu memberikan seakan ketenangan minda kepada mereka, namun tiada siapa yang mampu membuktikan secara saintifik apa yang mereka alami.

"Hasil kajian yang dilakukan ini adalah bukti yang kami dapati," ujar beliau. 

Sumber: VisorDown

Add new comment

Careta Ad