Menteri umum pemindahan kenderaan di pelabuhan tidak perlu AP

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengumumkan kerajaan akan mengecualikan syarat permit import (AP) bagi kenderaan yang tiba di pelabuhan tempatan untuk dipindah keluar semula.

Ini bermakna syarikat kenderaan yang mahu menggunakan pelabuhan tempatan sebagai tempat persinggahan kenderaan-kenderaan sebelum ia dihantar ke negara lain tidak lagi memerlukan AP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Keputusan ini tidak ada kena mengena langsung dengan penjualan kenderaan tempatan tetapi ia bakal meningkatkan penggunaan pelabuhan-pelabuhan tempatan.

Dasar dahulu, kenderaan-kenderaan tersebut pula mendapatkan AP walaupun ia tidak akan melepasi pagar pelabuhan. 

Anthony berkata keputusan dibuat selepas perbincangan dilakukan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Careta yakin ia ada kena mengena dengan lawatan Perdana Menteri ke China tempohari. Ia juga selari dengan idea untuk syarikat kenderaan China menggunakan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran Asia Tenggara.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…