Menteri Sains dan Inovasi - Malaysia sasar jadi hub kenderaan EV di ASEAN

oleh SALINA JALIL|
Malaysia menyasarkan untuk menjadi hub teknologi kenderaan elektrik (EV) serta pengeksport komponen bagi kegunaan ekosistem mobiliti mikro di negara-negara rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam masa terdekat.


Menteri Sains dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi merealisasikan sasaran tersebut, satu Memorandum Perjanjian (MoA) telah ditandatangani di antara agensi di bawah MOSTI iaitu NanoMalaysia Berhad (NMB) dan enam syarikat automatif dari Korea Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Enam syarikat automotif terkemuka yang akan terlibat dengan kerjasama ini adalah Hyundai Kefico Corporation, Tham Corporation, Curo Co. Ltd, Hyundai Electric and Energy System Co. Ltd, Daegu Mechatronics and Materials Institute dan Signet EV.

 

“Kerjasama ini merupakan satu peluang keemasan untuk membentuk asas yang lebih kukuh dalam membangunkan pasaran dan ekosistem Malaysia bagi pembangunan EV amnya dan Mobiliti Mikro secara khususnya,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani MoA tersebut semalam.

 

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MoA tersebut adalah Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Lee Chi Beom.

 

Adham berkata, MoA tersebut juga akan melibatkan nilai pelaburan sasaran sebanyak AS$30 juta (RM126.8 juta) yang dijangka akan memacu negara mencapai sasaran berkenaan.

 

 

“MoA ini mencerminkan inisiatif syarikat-syarikat tempatan bekerjasama dalam menyediakan pelbagai komponen teknologi bagi pengeluaran EV dua roda dan empat roda di pasaran global sekaligus meletakkan Malaysia sebagai pengeluar EV utama di rantau ini.

 

“NMB memainkan peranan utama dalam membangunkan teknologi penyimpanan tenaga seperti bateri, ultra kapasitor, hidrogen keadaan pepejal, sistem pengurusan dan pengawasan tenaga serta sebagai pengawal motor berprestasi tinggi untuk kegunaan mobiliti menerusi inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga Nasional (NESTI),” ujar beliau.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NMB, Dr. Rezal Khairi Ahmad berkata, MoA berkenaan bakal menjadi tanda aras dalam pencapaian NMB di rantai ASEAN dan merupakan langkah pelaksanaan yang penting di NESTI.

 

“Mobiliti mikro EV merupakan langkah terbaik ke arah penyertaan yang lebih inklusif oleh rakyat Malaysia dan selain peluang perniagaan, usaha ini akan menghasilkan lebih 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi di bawah NESTI.

 

Untuk memahami kenderaan eletrik, Careta telah pun memberi penerangan mendalam tentang cara penggunaan dan soalan-soalan lazim tentang kenderaan ini.

 

 

 

– K! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan NanoMalaysia ini…
Berita Domestik
Suria berkata komponen yang digunakan memang datang daripada China, tetapi menurut spesifikasi yang…
Berita Domestik
Beliau menyuarakan pendapatnya itu ketika sesi dialog umum berkaitan Persekitaran Teknologi pada 19…