Menteri Perumahan mahu kajian awal 6 bulan berkaitan kereta terbiar

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu kajian awal selama enam bulan akan dilakukan untuk mengukuhkan sistem pengurusan pelupusan kenderaan-kenderaan yang dibiarkan di tepi jalan.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, kajian itu akan membabitkan lima PBT termasuk Kajang, Ampang Jaya dan Kelang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Cara pengurusan dari kelima-lima PBT ini akan digunakan sebagai contoh untuk menghasilkan draf SOP dan cara pelupusan yang betul," ujar beliau ketika menghadiri perasmian Pusat Pembakaran Sampah di Pulau Pangkor pagi tadi. 

Zuraida berkata kementerian beliau akan meminta kerjasama dari JPJ untuk proses pelupusan kenderaan-kenderaan terbiar itu.

Sebanyak 400 kenderaan telah dikompaun di Kajang kerana isu yang sama dan 150 kenderaan terbiar telah dialihkan dalam tempoh satu hari.

 

 

 

Beliau berkata proses pelupusan yang dilakukan di Manjung, Perak tidak begitu komprehensif kerana tapak tempat kenderaan itu dibiarkan tetap akan digunakan untuk orang awam membuang sampah.

Zuraida menegaskan bahawa dengan adanya cara dan SOP pelupusan kereta terbiar yang betul, ia akan menjimatkan kos kepada PBT.

Sekarang ini, PBT perlu menyewa ruang khusus untuk menyimpan kenderaan-kenderaan terbiar kerana ia tidak boleh dilupuskan sewenang-wenangnya atas dasar tidak ada undang-undang yang membenarkan PBT melupuskan kenderaan lusuh.

Kenderaan-kenderaan yang terbiar memang terbukti boleh menjadi sarang nyamuk, tikus, ular dan paling sering, ia menyakitkan pandangan.

* Berita penuh di Malay Mail