Menteri Pertahanan - Perancangan perolehan 18 pesawat tempur ringan diteruskan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/ Yang mana satu bakal terpilih?
Perolehan 18 pesawat Tempur Ringan Dwifungsi (LCA/Flit) bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan diteruskan kerajaan baharu.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana ia sudah diluluskan secara dasar sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kementerian sudah mohon daripada kerajaan untuk mempunyai Flit dan itu memang jadi keutamaan. Ia sudah pun dilulus secara dasar.

 

"Saya nak minta semula jemaah menteri Kabinet baharu ini dapat mengabsahkan apa diluluskan (perolehan 18 pesawat Flit).

 

"Kalau boleh secepat mungkin tapi ia perlu melalui proses tertentu dan dijangka diperoleh pada 2025," katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Subang pada Selasa.

 

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kementerian akan melihat keutamaan dan cadangan untuk menambah aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memerlukan jumlah yang besar.

 

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23), Mohamad berkata, setakat ini sejumlah 600 jemputan dihantar dan daripada jumlah itu, 80 peratus pempamer sudah mengesahkan penyertaan masing-masing.

 

Katanya, enam negara termasuk Malaysia akan terbabit dalam pertunjukan statik dan udara dengan dua negara sudah mengesahkan pembabitan mereka.

 

Mohamad berkata, pameran terbesar LIMA'23 itu akan memberi peluang kepada kementerian dan ATM melihat aset pertahanan dari luar negara, selain bertemu dengan pihak diplomasi strategi pertahanan.

 

Pameran LIMA'23 dijangka berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini yang akan disertai lebih 600 syarikat pempamer daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa yang dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, KAI dijangka akan menghantar pesawat tempur ringan FA-50 bermula tahun…
Berita Domestik
  Malah, beliau berkata, pembelian pesawat MD530G dirancang ketika pencerobohan Lahad Datu selepas…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada EurAsian, pengarah Perkhidmatan Persekutuan untuk Kerjasama Teknikal…