Menteri Pengangkutan: Pertimbangkan hukuman 'penjara mandatori' kepada pemandu mabuk

oleh SALINA JALIL|
Hukuman lebih berat dan mandatori bakal menanti individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.


Perkara itu dinyatakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang memberitahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah diarah meneliti Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 khususnya Seksyen 41 hingga 45 akta berkenaan.


"Saya rasa sudah tiba masanya kita kenakan hukuman mandatori. Ini bukan perkara baharu dan negara lain sudah melaksanakannya dan ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Kita akan melihat cara terbaik. Kalau perlu buat pindaan undang-undang terhadap APJ 1987, kita akan buat sebaik-baiknya.

 

"Ini adalah insiden menyedihkan dan sudah tiba masa untuk jaga keselamatan orang lain," katanya merujuk kepada kemalangan membabitkan seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, yang maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Kajang, beberapa hari lalu.

 

Beliau ditemui selepas membuat tinjauan di stesen MRT Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

 

Terdahulu, Wee turut meninjau operasi di MRT Taman Mutiara dan MRT Muzium Negara.

 

Mengulas lanjut hukuman baharu bagi pemandu mabuk, beliau berkata, berkemungkinan penjara mandatori akan dikenakan ke atas pesalah terbabit dengan tempohnya dipertimbangkan dalam kadar bersesuaian.

 

"Sesetengah negara bukan sekadar denda sahaja tetapi lesen memandu pesalah digantung bagi suatu tempoh agak lama dan ia mungkin tak seberat mana.

 

"Kalau (pesalah) dikenakan hukuman penjara mandatori, itu akan beri kesedaran kepada individu yang berniat memandu dalam keadaan mabuk dan mereka akan berfikir dua kali (sebelum melakukan kesalahan terbabit).

 

"Tiada sebab untuk seseorang memandu dalam keadaan mabuk kerana kita sudah ada e-hailing yang mempunyai 120,000 pemandu. Mereka sepatutnya menggunakan perkhidmatan ini," katanya.

 

Selain itu, katanya, nilai ambang kandungan alkohol dalam darah (BAC) sedia ada iaitu 0.08 peratus juga akan dinilai semula sama ada ia masih relevan dengan keadaan semasa atau sebaliknya.

 

Adakah dengan hukuman penjara mandatori yang dicadangkan itu akan memberi 'keinsafan' dan ketakutan kepada mereka yang gemar minum arak sehingga mabuk dan memandu? 

 

 

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah…
Berita Domestik
Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan rakyat Malaysia, menurut…
Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…