Menteri Pengangkutan - Pengguna, pembekal e-skuter perlu ada lesen

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan akan memastikan sebarang penggunaan skuter elektrik (e-skuter) di negara ini mendapat lesen untuk mengendalikannya.


Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya kini sedang memperhalusi beberapa dasar dan peraturan kecil bagi memastikan kenderaan mobiliti mikro itu dikawal penggunaannya.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Beliau berkata, penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter adalah termaktub dalam pindaan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020. 

 

“Pindaan itu merangkumi semua aspek kenderaan yang digolongkan di bawah kenderaan mikro mobiliti yang mana ia mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi kenderaan tersebut. 

 

“Kita kena perhalusi setiap satu kenderaan itu dan pendekatan sudah dibuat berkali-kali kerana jumlah mikro mobiliti ini amat banyak. 

 

“Nama sahaja macam e-bycycle tapi ia bukan basikal. Malah, kelajuannya pula jauh lebih laju. Oleh itu, kita kena lihat setiap satu persatu supaya kita tidak terlepas pandang,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Op Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri 2022 di sini, hari ini.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…
Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Berita Domestik
"Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa…