Menteri Pengangkutan - Pengguna LRT Kelana Jaya terpaksa lalui kelewatan sehingga November

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Para pengguna transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya perlu bersabar kerana proses membaik pulih dan menyelenggara tren yang menjejaskan waktu ketibaan dijangka siap secara berperingkat sehingga November ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sepanjang tempoh tersebut, tempoh frekuensi menunggu LRT telah bertambah daripada tiga minit kepada lima minit dan kini lapan minit sekali gus menimbulkan kesesakan seperti mana berlaku kebelakangan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Jadi, kita memohon maaf kepada pengguna kerana ini merupakan faktor yang tidak boleh dielakkan, soal keselamatan merupakan keutamaan kita. Kalau masih gunakan, kita tidak mahu risiko tidak diingini berlaku.

 

“Maka, kita meletakkan dua tempoh iaitu bulan Ogos iaitu mengurangkan frekuensi kepada lima minit dan sepenuhnya pada November (tiga minit) untuk menggantikan semua alat. Seperti sedia maklum, bahawa ada sedikit kekangan dan memerlukan masa menghantar alat ganti. 

 

“Sebab itu kita terpaksa berdepan situasi ini, ada kesulitan kepada penumpang khususnya empat stesen iaitu KLCC, Masjid Jamek, Pasar Seni dan KL Sentral,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu semalam.

 

Beliau mengulas mengenai rungutan orang ramai khususnya warga kota yang mengalami kesesakan pengangkutan LRT ketika waktu puncak sejak kebelakangan ini.

 

Ka Siong menambah, pihak Rapid Rail telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma untuk menuju ke destinasi dituju.

 

“Oleh itu, saya minta orang awam untuk bersabar sedikit dalam beberapa bulan ini kerana terpaksa buat pembaikan,” katanya.

 

Mengenai aduan kelewatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ka Siong berkata, waktu menunggu komuter dijangka selesai setelah projek menaiktaraf Landasan Berkembar Elektrik fasa satu siap sepenuhnya manakala proses kini siap sebanyak 92 peratus.

 

Katanya, kerja naik taraf itu dijangka memendekkan waktu menunggu termasuk frekuensi perkhidmatan antara dua kereta api untuk disingkatkan daripada 60 minit kepada 30 minit.

 

“Jika siapnya projek naik taraf dan penyelenggaran ini, maka akan berlaku integrasi perkhidmatan pengangkutan di Lembah Klang. Saya faham berlaku kelewatan disebabkan intergrasi tidak berjalan seiring kerana masalah ini,” katanya.

 

 

UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…