Beliau berkata jika ada sebarang laporan mengenai kejadian itu, pihak JPJ akan melakukan penyiasatan menurut SOP mereka.
Wee berkata sudah tiba masanya pemakaian topi keledar perlu di mana-mana jalanraya seperti di dalam akta undang-undang itu.
Isu ini timbul bila mantan Menteri Pengangkutan Anthony Loke menimbulkan isu ada pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang yang tidak menggunakan topi keledar ketika menaiki motosikal semasa kempen politik mereka.
Pada pendapat Careta, jika seorang itu tidak faham kenapa topi keledar perlu digunakan ketika menunggang motosikal, dia tidak layak untuk menjadi pemimpin ataupun ketua darjah sekali pun.
Pemimpin politik yang cuba menangkis tuduhan begitu dengan memberi alasan remeh seperti orang lain pun tidak menggunakan helmet, juga perlu direhatkan dari politik kerana Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang mempunyai IQ di bawah paras 89.
* Artikel berdasarkan laporan The Sun Daily