Menteri Pengangkutan: Kes pemandu mabuk, hukuman penjara dicadangkan sebagai mandatori

oleh SALINA JALIL|
Hukuman dicadangkan dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 lebih tegas dan diasingkan mengikut kesalahan sama ada memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah mahupun secara melulu.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini, pindaan membabitkan Seksyen 41 hingga 45, dengan hukuman penjara dicadangkan sebagai mandatori.


"Seksyen 44 kalau sekarang kesalahan memandu mabuk dan dadah, tiada perbezaan, tapi kita cadangkan supaya dibezakan hukumannya dan ia lebih berat lagi jika bawa maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kadar penjara maksimum yang sebelum ini 10 tahun akan ditingkatkan ke 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun jika kesalahan berulang.

 

"Kadar denda juga dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama, sementara kesalahan kedua RM150,000.

 

"Bagi tempoh gantung lesen juga dicadang dinaikkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun," katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau).

 

Beliau berkata, draf Rang Undang-Undang pindaan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 17 Julai sebelum dibawa ke Dewan Rakyat pada sesi ini.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Kita akan melihat keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang dijalankan bukan sahaja…
Berita Domestik
  Satu lagi kemalangan membabitkan seorang petugas ambulans yang sedang memberikan bantuan…
Berita Domestik
Di bawah akta baharu itu menyaksikan lapan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga…