Menteri Pengangkutan: Kajian terperinci diperlukan untuk penggunaan rakaman 'dashcam' di mahkamah

oleh SALINA JALIL|
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, cadangan penggunaan peralatan rakaman dashcam untuk merekodkan kemalangan dilihat baik dan sudah tentu tujuan akhir mana-mana individu merekodkan sesuatu kemalangan supaya ia boleh dijadikan sebagai bahan bukti dalam sebarang kes.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun kajian terperinci  daripada pelbagai pihak perlu dilakukan membabitkan penggunaan rakaman kamera perakam video (dashcam) di mahkamah atau dalam sebarang tuntutan serta kes perundangan jenayah atau sivil.

 

Justeru, beliau berkata, aspek perundangan, spesifikasi teknikal, kesahihannya dan sebagainya perlu dikaji secara terperinci serta menyeluruh.

 

"Tanpa adanya satu peruntukan perundangan dan peraturan jelas, saya khuatir sebarang perlakuan direkodkan tidak boleh digunakan dalam tuntutan atau prosiding mahkamah atau perundangan kelak.

 

"Perkara ini kelak akan menyebabkan orang ramai menyalahkan kerajaan kerana mewajibkan penggunaan satu peralatan tidak boleh digunakan di mahkamah.

 

"Saya tidak menolak pandangan mengatakan ia sebagai beban kepada rakyat khususnya golongan B40 jika 'dashcam' dijadikan sebagai sesuatu yang wajib. 'Dashcam' boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah atau sebagainya. Ia mungkin boleh dijadikan sebagai bahan untuk pendidikan, tetapi ia tidak dianggap sebagai langkah pencegahan daripada sudut keselamatan jalan raya," katanya.

 

Ditanya jika kementeriannya akan mengesyorkan pengeluar kenderaan memasang peralatan itu pada kenderaan keluaran masing-masing, Wee berkata, jika semua aspek perundangan dan teknikal disediakan dan diperuntukkan dengan jelas, Kementerian Pengangkutan boleh menguatkuasakan dan mewajibkan penggunaannya di dalam kenderaan, terutama kenderaan pendaftaran baharu.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, akan ada pertimbangan atau pengecualian pemasangan 'dashcam' terhadap kenderaan sedia ada untuk tidak membebankan rakyat.

 

Pada masa sama, Wee berkata, pada pengetahuannya, setakat ini belum ada sebarang kajian dijalankan yang menunjukkan penggunaan 'dashcam' mampu mengurangkan masalah kemalangan dan jenayah di jalan raya.

 

- Penggunaan dashcam bukan untuk mengurangkan atau mengelakan kemalangan jalan raya tetapi untuk melindungi pemandu kenderaan dari tuduhan dan penipuan terutama selepas terjadinya kemalangan, dalam ertikata yang lain, untuk membuktikan pihak mana yang bersalah sekiranya terjadi perkara buruk semasa anda memandu.  Sekiranya belum ada akta untuk penggunaan rakaman dashcam sebagai bahan bukti, sudah sampai masanya untuk mengubahnya, tak gitu?! -

 

HM

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi…