Menteri Pengangkutan jumpa sifu untuk "minta nasihat"

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam membuat satu perjumpaan dengan pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye dan juga mantan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr Wong Shaw Voon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjumpaan yang berlaku di pejabat menteri membincangkan isu pemandu mabuk dan juga keselamatan jalan raya. Semua sepakat bahawa selain dari langkah penguatkuasaan dan hukuman berat, pendidikan perlu diperkuatkan lagi di kalangan masyarakat mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dan pelbagai gejala negatif lain di jalan raya.

Menurut status di Facebook menteri tersebut, beliau menggalakkan perusahan tempatan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama mempromosikan kesedaran awam berkaitan kedua isu tersebut bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di dalam negara.

Mungkin Menteri beranggapan bahawa ada pengguna jalanraya yang tidak tahu bahawa memandu dalam keadaan mabuk itu sebenarnya merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan dan kematian. 

Apapun, usaha beliau itu perlu diberikan pujian dan Careta berharap beliau akan terus bertindak dengan lebih tegas dan lebih segera dalam membersihkan Malaysia dari pemandu-pemandu mabuk yang nampaknya masih wujud setiap hari.

Syabas juga kepada pihak PDRM kerana sekarang ini sering melakukan operasi mencari pemandu mabuk di bandar-bandar besar. 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Litar sepanjang 1 km ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian keselamatan aktif dan pasif…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi…
Berita Domestik
Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (…