Menteri Pengangkutan - Hanya satu ujian teori sahaja untuk ambil lesen memandu dan motosikal

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dalam laporan TheStar pada Selasa, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke telah membuat kenyataan mengenai pengambilan lesen yang mana hanya satu ujian teori sahaja yang diperlukan untuk mereka yang mengambil lesen memandu dan motosikal.

Beliau berkata cadangan tersebut telah diketengahkan sejak tahun 2018 lagi kerana beliau sedia maklum akan beban bayaran dan masa yang rakyat perlu hadapi untuk mengambil kedua-dua lesen.

Untuk mereka yang hendak mengambil kedua-dua lesen, terdapat 70 soalan bagi ujian teori dan mereka perlu memberikan jawapan yang betul kepada 59 soalan iaitu merangkumi 84 peratus.

Sebagai perbandingan, ujian teori pada masa ini untuk lesen memandu atau motosikal, terdapat 50 soalan dan mereka perlu memberikan jawapan yang betul kepada 42 soalan, merangkumi 84 peratus.

Dalam masa yang sama juga, Loke turut membuat kenyataan berkenaan had tempoh sah lesen memandu,  yang mana pada masa ini ditetapkan sehingga 5 tahun sahaja kadar maksimanya.

Cadangan terbaharu Menteri Pengangkutan kepada kerajaan adalah had tempoh sah lesen memandu dilanjutkan sehingga 10 tahun dan akan dimaklumkan kemudian.

The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata berdasarkan perbincangan bersama dengan Kerajaan Negeri dan juga MRT Corp, satu…
Berita Domestik
  "Satu daripada komponen dalam budaya penyelenggaraan adalah mempunyai waktu kejuruteraan yang…
Informasi
  "Pembinaan RTS kini mengikut jadual walaupun berdepan dua kali pertukaran kerajaan dan pandemik…