Menteri Pengangkutan beri jaminan atasi masalah kualiti pelekat cukai jalan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Twitter @anisssurayaaa
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberikan jaminan untuk mengatasi masalah kualiti pelekat cukai jalan yang dikatakan kurang berkualiti dan cepat rosak itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu hantaran di laman Facebook, Anthony menjelaskan perkara itu akan diatasi dan ia bakal dimasukkan dalam perancangan JPJ untuk tahun ini.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.

“Sebarang pelaksanaan inisiatif baharu akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Selain itu, antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras  kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalanraya.

"Agenda utama kita ialah mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat yang menyusahkan mereka."

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Antara masalah yang menjadi rungutan pengguna jalan raya ialah kualiti pelekat cukai jalan JPJ yang dikatakan mudah rosak, serta kesan gam yang sukar untuk ditanggalkan.

Terdapat saranan supaya JPJ memperkenalkan cukai jalan digital seperti penggunaan sijil vaksinasi digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…