Menteri Pengangkutan - Bas percuma ke Parlimen untuk Ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan wartawan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Bas pengantara percuma antara KL Sentral ke bangunan Parlimen akan disediakan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, itu merupakan antara beberapa inisiatif baharu yang akan dilaksanakan Kementerian Pengangkutan tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Kata Loke, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memudahkan dan memberi keselesaan kepada Ahli parlimen, pegawai kerajaan dan wakil media, tetapi juga akan membantu mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.

 

"Saya mahu galakkan Ahli Parlimen, tak perlu memandu kereta atau ambil e-hailing... ambil e-hailing pun sukar juga nak masuk dan sebagainya.

 

"Bas perantara ini akan kurangkan kesesakan dan memberi keselesaan bukan sahaja kepada Ahli Parlimen tetapi juga pengunjung.

 

“Kami kini dalam percubaan yang dikendalikan oleh Prasarana. Ia di peringkat akhir kerana kita perlu berbincang dengan pegawai Parlimen mengenai isu keselamatan memandangkan pengunjung dan media perlu ke pusat pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki Parlimen,” katanya pada sidang media selepas Majlis Tautan Mesra dan Perpaduan Kementerian Pengangkutan, pada Jumaat.

 

Kementerian Pengangkutan juga, kata Loke, amat teruja untuk melaksanakan pelbagai perancangan sepanjang tahun ini demi manfaat rakyat.

 

Antaranya termasuklah pengoperasian MRT 2 dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara yang dijangka pada Mac depan serta kemudahan KTM Komuter percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pelajar bermula 15 Februari ini.

 

Beliau juga memaklumkan, kerajaan akan sentiasa cuba mencari jalan untuk menaik taraf serta memberi fasiliti kemudahan pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak, seperti yang dinikmati warga Semenanjung.

 

 

- ada ke YB yang sanggup berpeluh menunggu bas? - #tanyaje

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen yang terlibat adalah seperti berikut: • LRT Laluan Kelana Jaya - Pasar Seni, Masjid Jamek,…
Informasi
Perkhidmatan yang merangkumi laluan 26 kilometer (km) itu bermula dari Summit Bukit Mertajam,…
Berita Domestik
Bercakap kepada pemberita, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan kawasan…