Menteri Pengangkutan - 17 kaunter bergerak JPJ telah dibuka di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebanyak 17 Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile) telah dibuka di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.


Beliau berkata, dua lagi kaunter akan dibuka dalam masa terdekat bagi menampung permintaan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan JPJ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kita lihat ramai orang mahu mendapatkan perkhidmatan JPJ ini seperti pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang kini perkhidmatannya hanya dilakukan di Pejabat JPJ dan Pejabat Pos,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kaunter JPJ Mobile, di sini pada Sabtu.


Sementara itu, Ka Siong berkata, bagi pemegang Lesen Belajar Memandu (Lesen LDL), lanjutan tempoh diberikan sehingga 30 Jun 2021 susulan terdapat kesukaran bagi orang ramai mendapatkan slot janji temu untuk memperbaharui lesen memandu sebelum ini.

 

Sementara itu, mengulas projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula Khamis lepas, Ka Siong berkata, sektor pelancongan dan pengangkutan terutamanya penerbangan, dilihat telah bersedia untuk kembali beroperasi bagi memenuhi permintaan tinggi daripada rakyat.

 

"Pemulihan ekonomi kini sedang berjalan... Khamis lepas seramai 800 pengunjung memulakan perjalanan ke Pulau Langkawi dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), manakala 720 pengunjung dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2)," katanya.

 

 

- Bernama