Menteri Pembangunan Usahawan umum Kereta Terbang Negara akan muncul tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Rakyat Malaysia bakal melihat protataip kereta terbang negara yang pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff berkata perototaip tersebut menggunakan teknologi tempatan.

"Tahun ini ialah sasaran yang tepat kerana teknologi untuknya sudah siap tersedia. Sekarang ini ialah lebih kepada kesegeraan implimentasinya," ujar Mohd Redzuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tambah beliau lagi, kereta terbang buatan Malaysia itu selamat untuk terbang pada ketinggian paras rendah dan pada kelajuan yang memadai.

Prototaip yang memakan kos lebih sedikit dari RM1 juta itu akan membantu kerajaan untuk menghasilkan persekitaran di mana rakyat akan berfikir mengenai teknologi baharu.

"Projek itu juga bakal menggunakan kebolehan negara di dalam industri aero angkasa, drone dan Kenderaan Terbang Tanpa Pemandu (UAV) serta industri automotif," ujarnya ketika merasmikan inisiatif Growth Malaysia tadi.

Projek kereta terbang ini ialah projek berasingan dari perancangan kereta nasional ketiga Malaysia.

"Malaysia mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk berjaya di dalam bidang-bidang tersebut. Kita perlu gunakannya agar Malaysia menjadi negara pengeluar," tambah beliau.

* Laporan asal dari New Straits Times. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahnya, pihak kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan…
Berita Domestik
  Zul Azhar berkata, UniMAP mempunyai Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (COEUAS) yang…
Berita Domestik
Hezeri Samsuri memberi pendapat beliau mengenai isu ini.