Menteri minta syarikat penerbangan turunkan lagi harga tambang

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong semalam meminta syarikat-syarikat penerbangan untuk berusaha menurunkan harga tambang mereka demi membantu rakyat, terutama di negeri Sarawak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut beliau, Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo diminta untuk menurunkan kadar tambang berdasarkan keputusan kabinet Jumaat lalu yang membenarkan lebih banyak penerbangan ke pelbagai negeri. 

"Harga tambang akan ditentukan oleh kekuatan pasaran atau mekanisma harga dinamik, di mana ia akan mengambil kira permintaan dan penawaran, keadaan ekonomi, kos bahanapi dan lain-lain faktor," ujarnya.

Pada November 18 lalu Kementerian Pengangkutan juga telah meminta Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin untuk menyerahkan semula kawalan penerbangan negeri itu kembali ke Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Jumaat lalu juga Malaysia Airlines sudah menerima kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) untuk menambah penerbangan ke Sarawak dari 11 Disember ke 5 Januari.

Penambahan penerbangan ialah untuk membolehkan mereka yang sudah lama tidak kembali ke Sarawak balik dan berjumpa dengan keluarga.

* Berita penuh di The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Litar sepanjang 1 km ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian keselamatan aktif dan pasif…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi…
Berita Domestik
Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (…