Menteri KKR akui beberapa kerosakan jalan di Klang berpunca daripada kenderaan berat

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook Alexander Nanta Linggi
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui terdapat beberapa kerosakan jalan di Klang yang berpunca daripada kenderaan berat.

Jelasnya, perbincangan secara mendalam telah dilakukan bersama Ahli Parlimen Klang, Ahli Parlimen Kapar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru serta ADUN Pelabuhan Klang dalam satu sesi libat urus pada Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kementerian (Kementerian Kerja Raya) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) tidak pernah memandang ringan isu-isu keselamatan infrastruktur jalan raya yang boleh mengancam nyawa manusia.

"Isu melibatkan nyawa tidak boleh sesekali dipandang ringan dan itulah yang kerap saya tegaskan kepada semua pasukan kementerian sejak saya diberi tanggungjawab mengemudi kementerian ini," ," jelasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah Nanta, KKR akan cuba sedaya upaya memberi pengagihan adil kepada semua Jalan Persekutuan melebihi 20,000 kilometer di seluruh negara meskipun peruntukan kewangan yang terhad.

"Walau bagaimanapun, saya juga mengakui peruntukan kewangan terhad yang dihadapi oleh kementerian ini dalam menyelesaikan masalah kerosakan jalan raya.

“Namun seperti yang saya tekankan, dengan apa sahaja peruntukan yang ada, pihak kementerian akan cuba memberikan pengagihan yang adil kepada semua Jalan Persekutuan melebihi 20,000 kilometer di seluruh negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Nanta turut menemplak tindakan sebuah laman portal tempatan yang menyiarkan laporan tidak tepat mengenai jalan di kawasan Klang.

Jelasnya, laporan asal yang disiarkan laman itu telah dipetik oleh pihak ketiga bertujuan memberi gambaran tidak tepat terhadap situasi sebenar yang dinyatakan.

"Ingin dijelaskan, ketika menjawab soalan media selepas meninjau keadaan Jalan Persekutuan di FT103 Jalan Pelabuhan Utara – Jambatan Kurau dan Laluan FT3217 Jalan Industri Meru Seksyen 9.3, saya telah ditanya oleh wartawan bilakah kerja baik pulih dari pihak JKR akan bermula?

"Saya telah memberi penerangan yang jelas bahawa kerja-kerja telah bermula baru-baru ini pada 19 dan 20 November 2023. Namun, keadaan jalan kembali rosak sehari selepas itu oleh kerana kenderaan berat yang memarkir di laluan itu.

"Saya tidak pernah menyebut tentang kerja turapan dibuat sebelum berlakunya kejadian. Saya juga telah menegaskan disebabkan KKR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada kenderaan-kenderaan berat ini, maka kerjasama dari pihak penguatkuasaan adalah amat diperlukan," tegasnya lagi.

Justeru, katanya beliau telah pun berhubung dengan portal berkenaan dan kekhilafan telah diperakui dan laporan asal telah dikemas kini.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini kerana angka yang dilaporkan merangkumi kenderaan berdaftar sejak zaman penjajahan British.…
Berita Domestik
Laporan daripada Utusan Malaysia menyebut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof…
Berita Global
Ibu bapa bayi malang tersebut, Ganesh dan Eshwaramma berkata, ketika kejadian pada Jumaat lalu,…