Menteri Kewangan - Pembinaan Stesen ECRL Puncak Alam diluluskan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan kelulusan bagi pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.


"Tempoh hari saya ada berjumpa dengan gabungan pengerusi-pengerusi penduduk di Puncak Alam. Mereka ada menyuarakan hasrat warga Puncak Alam untuk membina stesen ECRL di Puncak Alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Oleh yang demikian, saya mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap permintaan stesen ECRL ini, dan Alhamdulillah ia diluluskan dan insya-Allah akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini," katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor, malam tadi.

 

Beliau berkata bagi pembinaan stesen ECRL yang lain, pengumuman akan dibuat pada waktu yang sesuai.

 

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul juga mengumumkan hasratnya menjadikan Kuala Selangor sebagai Daerah Angkat Kementerian Kewangan, bagi merealisasikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin ke hadapan.

 

"Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini. Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan," katanya.

 

Bercakap kepada media, beliau berkata bagaimanapun semua kementerian serta agensi kerajaan akan terus memberi bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini termasuklah di Kuala Selangor.

 

 

Mengenai program lawatannya yang dikatakan selalu dibuat di Kuala Selangor, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa beliau melakukan lawatan di pelbagai kawasan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di daerah itu sahaja.

 

 

—BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Portal South China Morning Post melaporkan, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim…