Menteri Kesihatan: "Jangan sampai nama Malaysia buruk"

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Kesihatan mahu menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi mengurangkan kematian membabitkan kes kemalangan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau akan mengangkat isu berkenaan pada jemaah menteri sebelum kes kematian membabitkan kemalangan akan bertambah.

“Seperti yang kita tahu, pagi tadi ada satu kes kemalangan membabitkan pemain badminton utama Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Sebelum timbul persepsi kurang baik bila negara luar melihat kita sebagai negara tertinggi membabitkan kematian dalam kemalangan jalan raya... saya rasa kita patut meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk tangani masalah berkenaan dari segi dasar dan pelaksanaan,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 kementeriannya, di sini, semalam.

 

Berhubung kemalangan membabitkan pemain badminton itu, Dr Dzulkefly berkata pihak Hospital Putrajaya akan menjalankan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas semua mangsa.

 

“Pada jam 5.33 pagi tadi kita terima makluman kejadian kemalangan membabitkan lima mangsa dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia di lokasi kejadian.

 

Sebelum ini, media melaporkan pemain badminton nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota bersama tiga lagi mangsa iaitu Pegawai Teknikal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), William Thomas, 30, dari England; pembantu jurulatih Jepun, Hirayama Yu, 35; dan Pegawai Fisioterapi Jepun, Morimoto Akifumi, 42, dilaporkan terbabit kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), awal pagi Isnin.

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
    Beliau berkata, sebelum ini, kedua-dua pulau peranginan tersebut masih memiliki sebuah bot…
Informasi
  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelonggaran itu diputuskan berikutan…
Berita Domestik
  Beliau berkata, terdapat tiga kluster berpunca daripada aktiviti ziarah iaitu Kluster Kampung…