Menteri kereta terbang kena ganyang

oleh HEZERI SAMSURI|
Persidangan Dewan Rakyat hari ini riuh dengan debat antara Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan wakil rakyat pembangkang.

Redzuan cuba menerangkan terma "kereta terbang" bila beliau disoal oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kenapa seluruh dunia memanggilnya dron dan kenapa Malaysia memanggilnya kereta terbang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Redzuan menjawab, "Panggillah apa pun yang anda suka, dron, kereta terbang, kenderaan udara tetapi semuanya berkaitan dengan mobiliti udara".

"Jika anda lihat kepada Polisi Keusahawanan Kebangsaan 2030, antara fokus utama ialah untuk mebangunkan sektor penerbangan, aero angkasa dan mobiliti udara," jawab Redzuan semasa perbahasan tadi.

"Saya dengan gembira melaporkan bahawa kerajaan sekarang sudah memulakan program latihan untuk golongan muda menggunakan dron - atau kenderaan tanpa pemandu atau apa pun yang anda mahu panggil - dron, kereta terbang, vector, kenderaan udara autonomi," sambung Redzuan.

Redzuan mengumumkan projek super dron pada awal tahun ini dan beliau sendiri yang menggunakan terma "kereta terbang". 

Pelbagai kecaman dan teguran dihamburkan kepada beliau, termasuk teguran dari Perdana Menteri sendiri dan wakil UN berkaitan hasrat beliau itu.

Beliau juga mengumumkan bahawa ujian super dron akan dilakukan di sebuah lokasi tertutup dan pihak media tidak dibenarkan untuk hadir.

Mungkin beliau serik ketika disoal bertubi-tubi oleh media ketika beliau mengumumkan projek kereta nasional ketiga dahulu. Beliau mungkin tidak serik untuk mengumumkan sesuatu tanpa mengetahui lebih lanjut apa yang diumumkan itu.

Teknologi aero angkasa dan mobiliti udara adalah sangat jauh berbeza dari konsep kereta terbang yang diberitakan oleh beliau dahulu.

Teknologi dron dan aero angkasa adalah antara prospek kemajuan teknologi dunia yang memang dalam kajian banyak negara-negara maju.

Malaysia juga tidak mahu ketinggalan di dalam aspek tersebut dan pelaburan perlu dilakukan untuk menyediakan tenaga mahir di dalam bidang tersebut.

Mungkin sekarang beliau sedar akan kesilapan yang telah dilakukan tetapi secara dasarnya, projek ini bagus untuk kemajuan negara.

Pada pendapat saya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin boleh melakukan sekali lagi apa yang Tun lakukan ketika projek kereta nasional diumumkan secara rasmi - menarik projek itu dari Redzuan dan diberikan kepada mereka yang lebih arif dalam teknologi tersebut.

Ini penting agar wang rakyat dan masa kerajaan tidak dibazirkan menjawab soalan-soalan dan tuduhan-tuduhan dari orang ramai. Paling penting, pemimpin yang lebih bijak dan berpengetahuan akan mampu membawa projek ini ke tahap yang lebih tinggi.

* Artikel berdasarkan laporan The Star

 


 

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…