Menteri kehakiman New Zealand letak jawatan selepas didakwa atas kesalahan jenayah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins pada Isnin lalu telah mengumumkan bahawa menteri kehakiman New Zealand, Kiri Allan meletakkan jawatan selepas menghadapi pertuduhan jenayah berikutan kemalangan kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Newshub, Hipkins berkata Allan terlibat dalam kemalangan kereta di Evans Bay Parade di Wellington, ibu kota New Zealand, pada malam Ahad.

Menurut Hipkins juga, Allan telah ditahan dan dibebaskan jam 1 pagi waktu tempatan pada pagi Isnin.

Polis New Zealand mendakwa Allan kerana "menggunakan kenderaan bermotor secara cuai dan enggan mematuhi pegawai polis," dan juga mengeluarkan notis pelanggaran untuk nafas alkohol berlebihan.

Allan berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa dia telah "menghadapi beberapa masalah peribadi" sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Allan berkata, "Saya mengambil cuti untuk menanganinya dan percaya saya OK untuk menyesuaikan cabaran itu dengan tekanan menjadi menteri."

"Tindakan saya semalam menunjukkan saya tidak OK dan saya telah mengecewakan diri saya dan rakan sekerja saya."

Allan yang dianggap sebagai antara calon untuk menggantikan bekas Perdana Menteri Jacinda Arden, yang meletak jawatan pada Februari, menambah bahawa dia "sedang pulang dan akan mengambil masa untuk mempertimbangkan masa depan saya dalam politik."

Menurut Hipkins, Ginny Andersen akan menjadi menteri kehakiman berikutan peletakan jawatan Allan manakala Kieran McAnulty akan mengambil alih tanggungjawab Ginny sebagai menteri pembangunan wilayah.

 

Sumber: Newshub