Menteri Kanan Kerja Raya - Selesaikan isu RFID segera

oleh SALINA JALIL|
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu pengurusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group supayan menyelesaikan semua isu yang timbul berkaitan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dengan segera.


Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya sudah memanggil PLUS dan Touch ‘n Go bagi memastikan supaya semua isu berhubung kait dengan pelaksanaan RFID dapat diselesaikan secepat mungkin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Untuk makluman semua, ini hanya merupakan projek rintis, maka hanya satu daripada lorong tol dipasang RFID dan yang lain masih ada SmartTag dan Touch ‘n Go.

 

“Walaupun transaksi tol RFID telah beroperasi, pengguna masih mempunyai pilihan untuk menggunakan lorong transaksi melalui kad Touch N Go dan juga lorong Smart Tag.

 

“Di peringkat kementerian kita akan terus memantau dan memastikan pihak PLUS dan Touch ‘n Go menyelesaikan apa sahaja isu yang berhubung kait dengan penggunaan Lorong RFID itu,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Terdahulu, pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi PLUS, dengan RFID dibekalkan oleh syarikat Touch N Go.

 

Ia merupakan projek rintis dengan sebelum ini RFID untuk kawasan dalam bandar sudah pun dilaksanakan, manakala mula dilaksanakan PLUS di peringkat Lebuhraya Utara-Selatan. 

 

Menurut Fadillah, bukan sahaja RFID, malah permasalahan yang berkemungkinan timbul berhubung Smart Tag dan sebagainya perlu diselesaikan supaya apa juga aduan daripada orang ramai diambil serius.

 

Katanya, pihak terbabit perlu menyelesaikan segera semua permasalahan supaya ia tidak menyusahkan, malah memberi kemudahan dan kesenangan kepada pengguna jalan raya terutama untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas atau kesesakan di pondok tol di seluruh negara.

 

 

“Mengenai aduan dan rungutan orang ramai membabit RFID, kementeriannya telah meminta pihak Touch NGo dan PLUS supaya memberi penjelasan kepada orang ramai dan mencari penyelesaian terbaik terhadap apa juga isu berbangkit,” jelasnya. 

 

Untuk rekod projek rintis RFID bagi sistem tertutup di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS telah dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong – Sungai Dua bermula 22 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2021. 

 

Manakala, pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula pukul 10 malam pada 15 Januari lepas. 

 

 

 

– UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Uncategorized
  "Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun…
Informasi
  "Tiga seksyen itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran di tapak yang memerlukan…
Berita Domestik
  Katanya, projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang itu antara empat projek jalan raya sudah…