Menteri Kanan - Kebenaran rentas negeri dalam tiga minggu lagi

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan menjangkakan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan tiga minggu lagi.


Ia selepas beberapa langkah menyegerakan vaksinasi populasi dewasa diambil dalam masa terdekat.


Sehubungan itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan orang ramai menerima vaksin lengkap dalam masa terdekat sekali gus mencapai sasaran 90 peratus dalam tempoh itu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

"Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu kita harap dapat dijayakan dalam tiga minggu ini.

 

"Jadi sebelum ia (rentas negeri diumumkan), banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

 

"SOP rentas negeri kita akan umumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan ia akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, minggu depan," katanya.

 

gambar hiasan

 

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram semalam.

 

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan 'dalam beberapa minggu lagi'.

 

Ismail Sabri dilaporkan berkata, ini kerana, sehingga Rabu lalu, 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri.

 

Sementara itu, Hishammuddin berkata, disiplin orang ramai akan menjadi elemen paling penting apabila kebenaran rentas negeri diberikan.

 

"Adalah mustahil untuk kerajaan pantau dan laksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang diberi kebenaran merentas negeri.

 

"Sebab itu disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran yang bakal diumumkan.

 

"Kita harap mereka patuh kepada SOP yang ditentukan nanti," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…