Menteri jemput rider Foodpanda ke rumah untuk bincang masalah

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman membuat jemputan terbuka ke rumahnya kepada rider-rider perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda untuk membincangkan masalah yang dialami mereka.

Pekerja-pekerja Foodpanda itu sedang melakukan mogok sebagai tanda protes akan pengubahan sistem pembayaran yang menurut mereka akan mengurangkan lagi kadar pendapatan bulanan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Saya ingin menjemput rakan-rakan Foodpanda untuk ke rumah saya malam esok (Selasa) untuk satu sesi dialog," ujarnya di dalam akaun Instagramnya.

"Saya mahu dengar suara kamu agar saya boleh naikkan di mesyuarat kabinet Rabu nanti," sambungnya.

Saddiq berkata walaupun pekerjaan jangka pendek (gig economy) ini membantu ramai pemuda untuk mendapat pendapatan, mereka tetap perlu diberi perlindungan akan hak-hak mereka sebagai pekerja.

"Saya bersimpati dengan nasib pekerja-pekerja Foodpanda yang sekarang cuba mempertahankan hak mereka," ujar Saddiq.

Sebelum ini, Foodpanda membayar RM4 sejam kepada rider mereka dan setiap pesanan makanan akan memberikan mereka bayaran tambahan (antara RM3-RM5, bergantung pada prestasi rider).

Skim pembayaran baharu tidak lagi memberikan gaji jam, tetapi meningkatkan bayaran untuk setiap pesanan kepada antara RM4.50 hingga RM7.00.

Menurut Sayantan Das, Pengarah Urusan Foodpanda, sistem baru memberikan lebih banyak penghantaran untuk rider yang mahu bekerja lebih.

"Oleh kerana rider Foodpanda bekerja atas dasar bebas (freelance), skim pembayaran terbaharu itu membenarkan mereka menerima pendapatan yang lebih banyak bergantung pada jumlah pesanan yang diterima mereka," sambung Das lagi.

Das juga menambah, setiap rider akan menerima bonus sebanyak RM100 jika mereka melengkapkan waktu kerja selama 60 jam seminggu.

Untuk pesanan antara jam 11 malam hingga 9 pagi, setiap pesanan akan ditambah RM1.

Bonus tambahan turut diberikan jika mereka melengkapkan 80 penghantaran dalam masa minggu pertama mereka.

Namun begitu, akhbar berbahasa Mandarin, Oriental Daily pula berkata rider-rider mengadu terpaksa menunggu dua ke tiga jam sebelum mendapat pesanan.

"Ini bermakna, mereka tidak dapat menerima upah penghantaran dan di bawah skim baharu, pendapatan mereka jelas merosot."

Oriental Daily juga berkata dengan adanya pembayaran gaji RM4 sejam sekarang, mereka dapat gaji pokok walaupun tidak menerima pesanan dari sistem itu.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Kekeliruan ini berlaku selepas Menteri Belia dan Sukan "memperkenalkan" pengusaha GoJek Indonesia…
Berita Domestik
Buat masa sekarang, sistem zon kawasan perumahan yang tidak dikawal menyebabkan tidak ada…
Berita Domestik
  Go-Jek pula ialah sebuah syarikat Indonesia dan kini beroperasi di Singapura, Thailand dan…