Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Kompaun RM10,000 tidak muktamad, boleh rayu!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Individu dikompaun RM10,000 akibat ingkar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021, tidak perlu menjelaskan denda itu serta-merta, dan mereka boleh merayu dengan pihak diberi kuasa bagi mengurangkan jumlah kompaun.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jumlah kompaun ditulis atas notis saman bukanlah sesuatu yang muktamad kerana individu terbabit boleh membuat rayuan berdasarkan budi bicara pegawai diberi kuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ordinan itu menyebut tidak melebihi RM10,000. Ia boleh jadi RM100 atau RM1,000, bergantung kepada bentuk kesalahan," katanya dalam sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, lewat petang semalam.

 

Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 menyatakan mana-mana individu melanggar SOP sewaktu tempoh pelaksanaan darurat, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan ia berkuat kuasa 11 Mac.

 

Seksyen 25 itu turut memperuntukkan bidang kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai diberi kuasa untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah akta berkenaan.

 

Hari ini, tular di media sosial seorang individu dikompaun RM10,000 kerana gagal mencatat kehadiran di sebuah restoran melalui catitan buku atau aplikasi MySejahtera.

 

Takiyuddin berkata, kompaun itu tidak perlu dibayar segera kerana individu diberi tempoh sebulan dan dalam tempoh ini mereka boleh pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan berjumpa dengan pegawai diberi kuasa untuk membuat rayuan.

 

Beliau berkata, jika individu mahu kompaunnya diturunkan lagi, mereka boleh pergi ke mahkamah bagi proses perundangan seterusnya.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, 330 notis kompaun RM10,000 telah dikeluarkan kepada individu yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Berita Domestik
  DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan…