Menteri Dalam Negeri - Balai polis bergerak ke PPS ambil laporan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari facebook Hamzah Zainudin
Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak perlu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kes kehilangan barang dan harta benda mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini kerana katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri yang akan pergi ke PPS untuk mendapatkan perincian berhubung keadaan itu daripada mangsa.

 

Beliau berkata, seluruh balai polis bergerak di kawasan terjejas sudah digerakkan ke lokasi penempatan itu bagi membantu mangsa banjir membuat laporan polis secara manual.

 

"Tahniah PDRM. Mudahkan urusan mangsa banjir.

 

"Mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS di seluruh negara tidak perlu khuatir untuk membuat laporan polis berkenaan kes kehilangan barang dan harta benda mereka.

 

"Pihak polis akan cuba sedaya upaya memudahkan urusan mangsa banjir di waktu sukar ini. Polis dan masyarakat, berpisah tiada!" katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, malam tadi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta…
Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Sultan Ibrahim berkenan menggerakkan tiga aset milik baginda iaitu ‘air…