Menteri Besar Selangor tinjau amalan dan prosedur di kilang pemasangan Toyota

oleh SALINA JALIL|
Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari telah melawat ke Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), sebuah anak syarikat milik penuh UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang terlibat dalam kerja-kerja pemasangan tempatan bagi kenderaan-kenderaan Toyota.


Lawatan ini adalah untuk meninjau sendiri amalan dan prosedur terbaharu yang diamalkan di kilang tersebut yang selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menghentikan penularan Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kehadiran Amirudin ke kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Raja itu disambut oleh barisan pengurusan tertinggi UMW Toyota Motor dan ASSB. Selepas menerima taklimat berkaitan operasi kilang, beliau dibawa meninjau sekitar kemudahan yang ketika ini menjadi pusat pemasangan bagi model-model seperti Toyota Yaris dan Toyota Vios.

 

Antara SOP yang diamalkan di fasiliti berkenaan termasuklah mengekalkan jarak sosial, pemeriksaan suhu badan dijalankan setiap hari, manakala cecair pembasmi kuman dan penggunaan pelitup muka dijadikan kelaziman baru.

 

Amirudin juga sempat dibawa melawat Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama antara Toyota Boshoku dan UMW Toyota Motor yang membuat dan mengeluarkan tempat duduk, kemasan pintu, lapik bumbung serta dulang barangan yang digunakan dalam model-model kenderaan pemasangan tempatan Toyota.

 

Sebelum ini, Toyota Boshoku UMW turut membantu mengeluarkan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) yang diperlukan oleh petugas medik yang menguruskan pesakit-pesakit Covid-19. Lebih 10,000 unit PPE yang terdiri daripada pelindung kasut, penutup kepala dan baju pelindung telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk diedarkan ke hospital-hospital seluruh negara.

 

Selain itu, turut diadakan majlis penyerahan kelengkapan PPE berkenaan kepada Amirudin sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor. Serahan berkenaan merangkumi 100 helai baju pelindung, penutup kepala dan pelindung kasut.

 

yaris

 

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di atas kelulusan dan bimbingan yang membolehkah ASSB menyambung semula operasi selepas memberhentikannya untuk tempoh yang lama berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

 

Kilang kami telah mengambil segala langkah yang perlu untuk mematuhi SOP seperti yang digariskan, serta kami juga telah menerapkan amalan terbaik lainnya yang dipinjam dari kilang-kilang Toyota di negara lain,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama pula berkata, “Toyota Motor Corporation juga sangat serius dalam menyediakan persekitaran yang baik dan selamat kepada semua pekerja. Sebagai ahli keluarga Toyota peringkat global, ASSB juga boleh mendapatkan nasihat dan panduan amalan terbaik daripada TMC berkaitan langkah-langkah tambahan yang boleh digunakan  digunakan di Selangor juga.”

 

 

vios

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Telah Diuji
bZ yang bermaksud Beyond Zero (pengeluaran asap sifar) sebenarnya dihasilkan sebagai projek usahama…