Menteri Besar Perak: Litar Dato' Sagor tak ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
Kerajaan negeri Perak tidak bercadang untuk menutup Litar Dato' Sagor di Kampung Gajah, Pasir Salak susulan insiden penonton maut dalam satu acara perlumbaan di litar berkenaan, pada Sabtu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagaimanapun sebarang penganjuran aktiviti sukan permotoran di negeri ini perlu dilaksanakan oleh badan yang berdaftar dan mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan serta pihak berkaitan.

 

 

Menurutnya, perkara tersebut penting supaya syarat-syarat penganjuran dapat dipenuhi sebelum sesuatu acara tersebut dilangsungkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

 

 

"Saya tak fikir litar itu kena ditutup sebab bukan salah litar itu. Penganjur dan juga kereta itu, kita tak ada masalah. Saya rasa kejadian kemalangan itu melibatkan pergeselan antara dua kereta dan yang saya tahu ini kejadian pertama seumpamanya berlaku di litar berkenaan.

 

"Sebarang penganjuran perlumbaan permotoran mesti kena ada pengesahan sokongan daripada badan pengelola sukan berkaitan. Mereka juga mesti ada kebenaran pihak litar dan permit kebenaran daripada pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif Kepada Kontinjen Para Sukma Negeri Perak pada Khamis.

 

Menurutnya, jika segala keperluan berkenaan dipenuhi maka penganjur mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

 

Pada Sabtu lalu, seorang pengusaha bengkel maut dirempuh kereta jenis Proton Satria ketika menyaksikan acara permotoran di Litar Dato Sagor, Pasir Salak.

 

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 32 tahun berada di tepi litar untuk menyaksikan pertandingan melibatkan 12 kenderaan bagi kategori 1800cc.

 

Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila dua kenderaan gagal mengawal kenderaan ketika bergesel semasa menghampiri garisan penamat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Rakaman kejadian itu tular dalam media sosial dengan memaparkan dua buah kereta yang sedang…