Menteri arah JPJ buat laporan pada SPRM

oleh SALINA JALIL|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini mengarahkan pihak JPJ untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai iklan-iklan lesen terbang yang berleluasa di media sosial.

Loke berkata beliau mahu mereka yang tidak bertanggung-jawab itu dibawa ke muka pengadilan dan beliau tidak akan teragak-agak untuk membuang mana-mana kakitangan JPJ yang bersubahat dengan jenayah ini.

Beliau juga menegaskan pihak kementerian akan menyenaraihitam mana-mana sekolah memandu yang terbukti terlibat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Loke juga mengumumkan pemberhentian program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang menawarkan lesen memandu/menunggang dengan harga mampu atau secara percuma dari JPJ. 

"Semua perlu ke sekolah memandu. JPJ tidak akan turun pergi kepada mereka untuk memberikan lesen," ujar Loke.

Program SKSJ telah dimulakan sejak tahun 2009 dan seramai 140,647 pengguna jalanraya telah mendapatkan lesen mereka melalui kempen itu (sehingga hujung 2017). Sasaran SKSJ ialah golongan tua yang masih menunggang motosikal tanpa lesen dan kerana itu mereka tidak mmpunyai perlindungan insuran yang sah.

Menteri Pengangkutan turut mengumumkan kempen keselamatan yang baharu akan diperkenalkan untuk perayaan Tahun Baharu Cina kelak kerana beliau tidak berpuas hati dengan kadar kemalangan yang tinggi semasa musim perayaan Aidilfitri tempohari.

Ini ialah kali pertama seorang Menteri Pengangkutan menyuarakan perasaan tidak puas hati akan jumlah kemalangan walaupun pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan Ops Selamat 13/2018 sempena Hari Raya Aidilfitri telah berjaya kerana mencatatkan penurunan kes kematian dan menurut PDRM, ia membuktikan keberkesanan strategi mereka.

Sudah sampai masa negara mula memandang serius akan kempen keselamatan jalanraya dan jangan hanya berharap kepada sekatan jalanraya dan perangkap halaju sahaja. Pihak PDRM dan JPJ perlu bekerjasama dan melakukan kempen-kempen berterusan untuk mendidik pengguna jalanraya. 

Selama ini, pengumuman kempen dilakukan menjelang perayaan dan lebih bertumpu kepada peningkatan pengawasan dan bukan ke arah menukar tabiat pemandu. Selepas saman diberikan, diskaun pula ditawarkan untuk memujuk pesalah agar membayar saman. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima…