Menghantar teks sambil melintas jalanraya - diharamkan di Honolulu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Bermula minggu ini, sesiapa yang menghantar teks menggunakan telefon pintar mereka ketika berjalan melintas jalanraya di bandaraya Honolulu akan dikenakan saman sehingga US$35 (RM148).

Honolulu dikatakan adalah bandaraya utama yang pertama yang menggubal undang-undang tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini berikutan peningkatan kemalangan maut yang membabitkan pejalan kaki meningkat mendadak sebanyak hampir 10 persen tahun lalu - 6,000 kes.

Bandar-bandar US yang lain cuba untuk membuat yang sama tetapi tidak mendapat sambutan. 

Rexburg, sebuah pekan kecil di Idaho juga mempunyai undang-undang yang sama selepas lima orang pejalan kaki maut dalam waktu yang singkat.

Di US, setiap daerah mampu membuat perubahan kecik pada undang-undang mereka agar ia lebih sesuai dengan gaya hidup setempat.

Di Malaysia, peraturan yang membantu mengawal disiplin pemandu lori masih tidak dapat dilaksanakan kerana "masalah teknikal".

Masalah teknikal yang dimaksudkan selalunya memakan masa berbelas tahun untuk mula dikaji.