Mendapan tanah - Tujuh kenderaan terjejas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat Subang Jaya dalam kejadian petang Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian dilaporkan jam 6.46 petang itu, membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan terbabit membabitkan tujuh kenderaan terjejas. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, pemantauan dilakukan oleh pasukan bertugas bagi memastikan kawasan terlibat benar-benar selamat.

"Kes kemudian diserahkan kepada MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,: katanya.

Sementara itu, MBSJ ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, kejadian sama pernah dilaporkan berlaku awal tahun ini sebelum masalah seumpama itu…