Mencari kereta keluarga? Lima perkara 'wajib' yang anda perlu tahu

oleh SALINA JALIL|
Kereta keluarga adalah satu perkara paling penting yang akan anda lakukan apabila mempunyai keluarga. Bergantung kepada saiz keluarga, keperluan tetap sama.


Sebuah keluarga memerlukan keperluan serta ciri khas, dan jika anda mempunyai bayi atau kanak-kanak, keselamatan dan praktikal menjadi keutamaan manakala prestasi dan pengendalian yang dinamik adalah hal yang boleh dipertimbangkan kemudian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lima faktor penting yang perlu anda tahu mengenai kereta keluarga:

 

  1. Ciri Keselamatan
  • Selain dari pengendalian dan prestasi, ciri-ciri keselamatan haruslah menjadi keutamaan anda. 90 peratus kenderaan baru yang dijual di Malaysia akan didatangkan dengan sekurang-kurangnya dua beg udara (ABS adalah satu kemestian pada semua kenderaan). Dengan wang yang anda ada, cuba untuk dapatkan kenderaan dengan lebih beg udara. Jika anda mampu, dapatkan kereta dengan kawalan kestabilan .

 

  • Ciri lain adalah seperti ISOFIX untuk kerusi bayi, ciri kawalan kunci kanak-kanak (child-lock feature) dan penunjuk titik buta (blind spot indicator).

 

  • Jangan lupa untuk memastikan kenderaan itu mendapat penarafan keselamatan daripada Asean atau NCAP Australia. Kedua-dua rejim ujian kemalangan yang dijalankan telah menggunakan kenderaan dengan spesifikasi yang dijual di negara ini. Bagi ujian kemalangan di negara Eropah dan Amerika Syarikat, ia dilakukan menggunakan kenderaan dengan spesifikasi bagi kegunaan di negara itu sendiri dan berbeza daripada kenderaan yang dijual di Malaysia.

 

  1. Praktikaliti

 

Toyota Rush

 

  • Kanak-kanak pula datang dengan aksesori mereka sendiri seperti beg tambahan, kereta sorong bayi dan barang mainan.

 

  • Dalam masa yang sama, anda perlu memuatkan bagasi dan beg beli-belah anda sendiri. Pendek kata, anda memerlukan ruang yang lebih besar. Jika anda mempunyai seorang anak, “hatchback” mungkin agak sempit. Sedan pula adalah kenderaan bersaiz paling kecil bagi kegunaan keluarga.

 

  • But sebuah kereta datang dalam pelbagai saiz, tetapi kebiasaanya adalah sekitar 500 liter. Yang terbaik adalah bawa semua barang-barang yang pada kebiasaannya anda bawa ketika beriadah bersama keluarga.  Lihat sama ada but itu cukup besar atau tidak bagi keperluan keluarga anda.

 

 

  1. Rekabentuk dalaman (interior)

 

Mitsubishi Xpander

 

  • Sesetengah kereta yang dilengkapi dengan ciri-ciri pintar direka untuk menjadikan kehidupan berkeluarga anda lebih mudah. Honda sebagai contoh, mempunyai fungsi “ultra seat” yang membolehkan anda untuk menetapkan konfigurasi tempat duduk belakang bagi memuatkan barang yang tinggi ke dalam kereta.

 

  • Terdapat banyak kereta lain dengan fungsi yang sama. Toyota Rush, Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander baharu juga didatangkan dengan dua kerusi tambahan di bahagian belakang.

 

  • Anda juga perlu berhati-hati kerana beberapa kereta mungkin mempamerkan iklan yang terlalu optimistik. Yang terbaik adalah, bawa seluruh ahli keluarga ke bilik pameran dan lihat sendiri bagaimana mereka boleh dimuatkan kedalam kereta itu.

 

  • Bagi mereka yang mempunyai bayi dan kanak-kanak, pastikan interior dalaman adalah mudah untuk dikekalkan kebersihannya.  Ruang dalaman yang bewarna kuning air mungkin kelihatan mewah tetapi anda perlu menyediakan wang lebih untuk mengekalkannya.

 

  • Periksa juga jika terdapat kawasan penyimpanan yang cukup di dalam kabin untuk seisi keluarga. Anda perlu ingat, remaja kini membawa telefon pintar, tablet dan aksesori-aksesori yang lain. Soket tambahan 12V adalah sesuai bagi mereka.

 

  • Akhir sekali, hiburan dalam kereta adalah satu faktor yang penting. Dengan kanak-kanak, adalah sesuai untuk mempunyai kereta dengan sistem hiburan seperti DVD dan skrin LCD bahagian belakang. Ini mungkin boleh membuatkan mereka duduk diam dalam kereta.

 

  1. Kecekapan bahan api

 

  • Selain daripada prestasi, lihat kecekapan penggunaan bahan api kerana jika kereta di bawah kuasa (underpowered), kecekapan bahan api juga turut menurun.

 

  • Sebuah kereta perlu mempunyai nisbah kuasa berat (power to weight) yang baik untuk mempunyai kecekapan penggunaan bahan api yang efisyen.  Baca ulasan tempatan atau sertai kelab pemilik untuk mendapatkan gambaran mengenai kecekapan kereta tersebut. Angka yang diberikan oleh pengeluar adalah untuk pasaran Eropah atau Jepun dan negara-negara yang mempunyai keadaan jalan dan suhu yang berbeza.

 

  • Cuaca di Malaysia adalah lebih panas dan penggunaan bahan api mungkin menjadi lebih tinggi. Hakikatnya, Malaysia tidak memerlukan ujian rasmi untuk penggunaan bahan api . Jadi kita sebagai pengguna perlu mencari dan mengkaji sendiri maklumat yang ada.

 

 

  1. Pemanduan

 

  • Walaupun kami meletakkan dinamik pemanduan di bahagian yang agak bawah,  anda masih perlu untuk melihat pengendalian dan pemanduan sebagai salah satu daripada aspek keselamatan. Sebuah kenderaan yang lembut  dan ringan mungkin menjadi selesa tetapi ia memerlukan kelajuan yang rendah ketika mengambil selekoh. Perlu diingatkan juga, jika sistem suspensi kenderaan terlalu lembut, pemanduan boleh  menjadi sangat beralun dan penumpang boleh menyusahkan penumpang anda.

 

  • Bagi pemandu pula, periksa sama ada kedudukan memandu sesuai dengan saiz badan dan mampu memberi sokongan yang cukup atau tidak kepada anda. Ia mungkin memberi perbezaan sama ada hanya satu hentian utama untuk berehat ataupun berhenti setiap setengah jam akibat rasa tidak selesa ketika memandu.

 

 

Semoga panduan yang diberikan ini dapat membantu anda, terutama keluarga anda untuk membuat pembelian yang tepat dan berbaloi untuk kesejahteraan setiap ahli keluarga anda.  

Honda BR-V

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Rupa paras luaran MPV hibrid ini masih lagi kekal dengan versi facelift yang telah dilancarkan kira…
Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…