Menangi Trip Eksklusif ke Litar Suzuka, Jepun dengan Honda Civic Type-R serba baharu

oleh SALINA JALIL|
Pihak Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen “Sprint to the Suzuka Circuit” yang disasarkan kepada pembeli model terbaru Honda Civic Type-R. Para pembeli yang layak bakal menerima pakej ekslusif bernilai lebih RM30,000 dan berpeluang menyaksikan perlumbaan Formula 1 Japanese Grand Prix bertempat di litar ikonik Suzuka pada bulan Oktober.

Kempen ini bakal berlangsung selama tiga bulan bermula dari April 2018 sehingga Jun 2018. Para pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kereta baru Honda Civic Type-R di dalam tempoh tersebut di mana-mana 20 cawangan Honda Sports Dealers dan dikehendaki mengisi borang penyertaan serta menjawab dua soalan ringkas. Sepuluh jawapan yang terbaik bakal dipilih berdasarkan kreativiti menjawab soalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sepuluh pemenang eksklusif bakal menerima dua keping tiket penerbangan Kelas Perniagaan, dua tiket masuk Formula 1 Japanese Grand Prix, percutian selama lima hari empat malam di Jepun berserta cenderamata rasmi dari Honda. Jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM30,000.

 

Dilancarkan pada November 2017, Honda Civic Type R serba baharu ini merupakan kereta terpantas di dalam kategori pacuan roda hadapan (FWD). Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter menghasilkan 310PS dan tork maksimum sebanyak 400Nm. Tiga mod pemanduan yang berbeza (COMFORT, SPORT dan +R) ditawarkan bertujuan memberikan pemandu merasai perbezaan dinamik pemanduan bergantung kepada persekitaran. Dengan ini, pemandu boleh merasai sendiri pengalaman kuasa seakan kereta lumba sebenar dan pada masa yang sama keselesaan sebagai kenderaan harian.

 

Memiliki Civic Type R juga begitu eksklusif. Setiap model Type R yang dijual diberikan nombor siri khas yang dipaparkan di konsol tengah bagi membuktikan lagi tahap eksklusif sesebuah Type R. Sejak dibuka tempahan pada 1 Oktober 2017, Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 100 tempahan untuk Civic Type R. Kereta yang diimport sepenuhnya ini (CBU) telah dipasarkan pada harga RM320,000 atas jalan tidak termasuk insurans.

 

Lawati mana-mana cawangan Honda Sport Dealers untuk menempah Honda Civic Type R dan peluang memenangi trip ekslusif ke Litar Suzuka. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian bebas tol Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

 

Senarai Honda Sport Dealers adalah seperti berikut:

 

No

Region

Honda Sport Dealers

 
 

1

Central

Autoworld Asia Sdn Bhd

 

2

Central

Botanic Auto Mall Sdn Bhd

 

3

Central

Global Amity Sdn Bhd (Bangi)

 

4

Central

Kah Motor Co Sdn Bhd - Selayang

 

5

Central

Sri Utama Auto Sdn Bhd

 

6

Central

USJ Car Express Sdn Bhd

 

7

Central

MH Prestige Auto Sdn Bhd

 

8

Central

Peringgit Sri Motor Sdn Bhd

 

9

Central

Tenaga Setia Resources Sdn Bhd

 

10

Central

The Millenium Auto Carriage

 

11

East Coast

Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd

 

12

East Malaysia

Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd

 

13

Northern

Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd

 

14

Northern

Formula Venture Sdn Bhd

 

15

Northern

Kah Motor Co Sdn Bhd - Sg Pinang

 

16

Northern

Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd

 

17

Northern

Yooi Cars Sdn Bhd

 

18

Southern

Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban)

 

19

Southern

Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd

 

20

Southern

Yong Ming Motor Sdn Bhd

 

 

 

Penulis muda: Muhamad Hanif

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…