Menangi pakej percutian Ford Ranger Getaways melalui peraduan slogan kreatif

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia kini sedang menjalankan kempen promosi istimewa bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2024.

Promosi eksklusif ini menawarkan peluang kepada pemilik baharu Ford Ranger untuk memenangi Percutian Ford Ranger Getaways melalui peraduan slogan kreatif.

Peraduan ini terbuka kepada semua varian Ford Ranger generasi baharu, termasuk Ranger Raptor.

Semua pemilik baharu Ford Ranger yang mana kenderaan mereka diterima dalam tempoh peraduan ini adalah layak untuk ikut serta.

 

ford

 

Peserta boleh menyertai peraduan ini dengan menghantar slogan sepanjang 20 patah perkataan yang menceritakan detik manis “Live the Ranger Life” mereka bersama Ford Ranger baharu masing-masing.

Pemenang peraduan Percutian Ford Ranger Getaways ini akan menikmati percutian dua hari satu malam di The Kahaani Resort, Janda Baik, Pahang untuk 2 orang.

 

ford

 

Sembilan pemenang akan dipilih setiap bulan, dengan jumlah keseluruhan 18 pemenang sepanjang kempen berlangsung.

Pemenang akan diumumkan pada bulan Ogos dan percutian ke The Kahaani dijadualkan pada 7-8 September 2024.

 

ford

 

Untuk menyertai peraduan percutian Ford Ranger Getaways ini, pelanggan perlu membeli dan menerima serahan Ford Ranger mereka antara 1 Jun dan 31 Julai 2024.

Kemudian, hantar slogan kreatif melalui platform rasmi peraduan di sini sebelum 31 Julai 2024.

Setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan bagi setiap pembelian Ford Ranger generasi baharu.

Peraduan ini terbuka kepada semua warga negara dan penduduk tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

 

ford

 

Semua pemenang perlu menyertai percutian di The Kahaani menggunakan Ford Ranger generasi baharu mereka sendiri.

Bagi pemenang dari Malaysia Timur, sebuah Ford Ranger akan disediakan untuk percutian tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Kembara dua-dalam-satu itu akan menggandingkan cabaran mengendalikan trak pikap Ranger mereka…
Berita Domestik
Slot yang dijadualkan pada 26 Mac 2022 ini merupakan pakej bimbingan pengalaman off-road selama…