Menang 'Duit Raya' bersama Toyota!

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd menawarkan sambutan bulan Ramadan dan Syawal bertemakan ‘Bersama Lebih Bermakna'.


Sempena kempen ini, UMWT melancarkan peraduan Pandu Uji dan Menang Duit Raya UMW Toyota Motor bermula sekarang sehingga 1 Mei 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kepada peminat jenama Toyota, anda digalakkan singgah di mana-mana bilik pameran Toyota dan pandu uji mana-mana model Toyota untuk beberapa 'duit raya'. 


Setiap sesi pandu uji, anda layak menyertai peraduan untuk memenangi 'duit raya’ bernilai RM100 manakala pandu uji dan tempahan yang berjaya berpeluang menerima RM200 ‘duit raya’. 


Seramai 30 pemenang akan dipilih untuk menerima ‘duit raya’ setiap minggu.


Di samping itu, Toyota akan meneruskan sambutan 'Bersama Lebih Bermakna' mereka  pada 16 dan 17 April di semua cawangan Toyota di seluruh negara. 


Pelanggan Toyota akan menikmati tawaran ‘bulan puasa’ hebat dan tawaran nilai tambahan di mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh Malaysia, selain daripada merasai kemeriahan musim perayaan ini.


Hadiah eksklusif (selagi stok masih ada) juga ditawarkan apabila anda memandu uji mana-mana model Toyota.

 

 

Pada masa yang sama, UMW Toyota Motor turut melancarkan pusat 3S baharu di Cyberjaya, yang menyediakan kemudahan badan dan cat yang lebih baik serta pusat perkhidmatan baharu kepada pelanggan di kawasan tersebut.


Pusat 3S ini dikendalikan oleh Otomobil Sejahtera Sdn Bhd, yang mempunyai kemudahan lengkap yang terdiri daripada khidmat jualan, perkhidmatan, alat ganti berserta perkhidmatan badan dan cat. 


Presiden UMWT, Ravindran K berkata, “Kami di UMW Toyota percaya bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan yang pengalaman terbaik untuk pelanggan Toyota di setiap titik sentuhan. 


Bermula dari pembelian, hingga selepasnya, perkhidmatan jualan, dan untuk pembelian semula seterusnya, adalah penting untuk mereka merasakan sentuhan Toyota pada setiap langkah. 

 

Pusat servis 3S baharu ini hanyalah cara kami untuk mendekatkan jenama kami kepada pelanggan kami, di mana sahaja mereka berada, sambil memastikan mereka mempunyai akses yang lancar kepada perkhidmatan kami pada bila-bila masa memerlukan mereka.”


Untuk maklumat lanjut, layari Toyota.com.my atau hubungi talian telefon percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Global
Ada juga yang terlebih berani berpatah balik kerana tidak sanggup berhadapan dengan sekeping surat…
Berita Domestik
Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin selaku organisasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Naza Group baru…