Memperkenalkan Audi e-tron paling mampu milik - sebuah skuter elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Audi dilihat memperluaskan lagi penawaran barisan kenderaan elektrik mereka kepada pengguna dengan memperkenalkan sebuah lagi kenderaan elektrik yang bersaiz lebih kecil dan lebih mudah disimpan - sebuah skuter elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter yang turut dinamakan sebagai E-Tron ini dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya, yang mampu membawa anda mengembara jarak sejauh 20 kilometer.

 


Manakala kelajuan tertinggi pula dihadkan pada angka 20 km/j sahaja, sesuai untuk kegunaan di dalam bandar terutama di pesisir pejalan kaki. 

Skuter ini mampu menjana kembali tenaga daripada proses pemberhentian menerusi sistem rekuperasi yang dilengkapkan pada sistem brek kaki hidraulik. 
 


Menurut Audi, mereka bakal menawarkan skuter ini di dalam pakej bagi pelanggan yang membeli rangkaian produk E-Tron dari Audi pada masa akan datang. 

Namun, bagi mereka yang mahukan skuter E-Tron ini, anda boleh mendapatkannya daripada Audi menjelang akhir tahun hadapan dengan harga yang cukup murah untuk sebuah Audi - €2,000 (RM9,430) sahaja. 
 


Oleh kerana reka bentuknya yang sedikit aneh, tiada ruang untuk anda meletakkan kedua-dua tangan anda di tempat pemegang....

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…