Memecut Mercedes pada kelajuan 308 km/j, pemandu remaja ditahan, kereta disita

oleh SALINA JALIL|
Seorang remaja 19 tahun didakwa memandu secara berbahaya dengan memecut pada kelajuan 'luar biasa' di sebuah lebuh raya Ontario, kata polis Kanada pada hari Ahad lalu.


"Ini ialah kelajuan terpantas yang saya pernah dengar," kata pegawai polis wilayah Ontario, Kerry Schmidt dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Twitter.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Kelajuan luar biasa, kita bercakap mengenai kelajuan 308 kilometer sejam (km/j)," katanya.

 

Pemandu itu, yang ditemani seorang lagi lelaki sebaya, memandu Mercedes bapanya pada lewat malam Sabtu lalu di Lebuhraya Ratu Elizabeth.

 

Lesen pemandu remaja tersebut telah digantung dan kenderaan itu disita selama 7 hari.

 

"Sekiranya kenderaan ini terbabit dalam pelanggaran, ia pasti menjadi kemalangan yang paling ngeri pernah berlaku dalam sekelip mata", kata Schmidt lagi.

 

"Ini benar-benar mengejutkan untuk sesiapa saja memandu selaju ini," kata Schmidt sambil menambah pemandu lain membunyikan hon bagi menyuarakan kepuasan mereka ketika polis memberhentikan kereta dipandu pemuda itu.

 

 

Gambar dan artikel: https://www.cbc.ca/news/canada/hamilton/qew-stunt-driving-1.5563678 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, nahas jam 2.45 pagi itu berlaku ketika Toyota Hilux terbabit sedang dalam perjalanan…
Informasi
  "Remaja lelaki itu dipercayai menghidupkan enjin vannya sebelum tertekan pedal minyak dan gagal…
Berita Domestik
Beberapa kenderaan awam turut dilanggar suspek yang memandu dengan cara merbahaya.   Berikutan…