Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara 10 bulan dan butiran sabitan tertuduh dinyatakan dalam mana-mana lesen memandu milik lelaki itu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan selain butiran kesalahan wajib dinyatakan dalam lesen memandu, jika sabit kesalahan.
Kejadian pada 13 Oktober itu berlaku apabila lori yang membawa muatan bata hilang kawalan dipercayai akibat masalah brek.
Dalam kejadian itu, treler terbabit merempuh empat kereta serta dua motosikal yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Sebaik tiba di lokasi dengan jalannya menuruni bukit, pemandunya mendapati treler itu mengalami masalah brek sebelum merempuh kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat terbabit.
Video kemalangan di link ini
Bacaan sepenuhnya di Sinar Harian