Memandu menggunakan playar, lelaki ditahan pihak berkuasa tempatan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana didapati memandu tanpa stereng dan juga kerusi pemandu hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut pihak berkuasa Norfolk and Suffolk Roads Policing Unit, pegawai mereka menahan lelaki tersebut di dalam keadaan yang sangat mencurigakan. 

 


Ketika ditahan, lelaki tersebut duduk di atas sebuah baldi yang bertindak sebagai kerusi sementara, manakala beliau mengendalikan kereta Peugeot 206 tersebut menggunakan playar jenis Locking untuk memusingkan stereng.

Selain daripada kelakuan yang pelik, kereta tersebut didapati kehilangan beberapa peralatan seperti bumper hadapan, lampu utama dan tayar yang tidak berada di dalam keadaan baik. 
 


Pihak berkuasa menahan lelaki tersebut dan laporan dibuat atas kesalahan "yang terlalu banyak untuk disebut" menurut laman rasmi Twitter pasukan berkuasa berkenaan. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebuah Subaru Impreza hilang kawalan dan melanggar pembahagi dan sebatang lampu jalan di Lorong 1…