Memandu lawan arus - pelajar cedera ditumbuk orang awam

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pelajar universiti cedera ditumbuk orang awam selepas memandu melawan arus akibat mabuk di Jalan Pinang di sini, kelmarin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, penuntut berusia 22 tahun itu yang menaiki kenderaan jenis BMW bertindak memandu melawan arus.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, berkata ia berlaku apabila mangsa baru keluar dari berhibur di sebuah kelab malam.

“Lelaki berkenaan memandu kenderaan melawan arus sebelum merempuh kenderaan lain dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

“Ketika kejadian berlaku pergaduhan antara mangsa dan dua lelaki menyebabkan mangsa ditumbuk,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shaharuddin berkata, kereta mangsa turut dirosakkan oleh beberapa lagi orang awam yang lain.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya - Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Kajian oleh firma bernama Zutobi itu menyenaraikan Afrika Selatan sebagai negara paling berbahaya…
Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden…
Berita Domestik
  "Polis telah mengenal pasti kesemua kenderaan terlibat dan memohon kerjasama pemilik kenderaan…