Memandu di bawah pengaruh alkohol: Pemandu didenda RM4,500, penunggang didenda RM4,300!

oleh SALINA JALIL|
R Anand Raj, 24, (baju hitam) dan Mohd Nurhakimi Abdullah, 29, (baju merah) mengaku bersalah atas tuduhan memandu dan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol di Mahkamah Majistret Kulai, Johor Bahru - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Dua individu didakwa di Mahkamah Majistret Kulai semalam, masing-masing atas tuduhan memandu kereta dan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol pada Oktober tahun lalu dan Mei lalu.


Tertuduh, R Anand Raj, 24, dan Mohd Nurhakimi Abdullah, 29, mengaku bersalah sebaik tuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mengikut pertuduhan, Mohd Nurhakimi didakwa memandu kereta jenis Perodua Myvi di mana kadar alkohol dalam darah di dalam badan iaitu 129 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah iaitu lebihan 49 mg berbanding had dibenarkan 80 mg alkohol dalam 100 ml darah di KM 24 Jalan Johor Bahru- Air Hitam arah Air Hitam/Kulai di antara 1 pagi hingga 4 pagi, 13 Oktober 2019.

 

Anand Raj pula didakwa menunggang motosikal jenis SYM Bonus SR di mana kadar alkohol dalam darah sebanyak 124 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah iaitu lebihan 44 mg berbanding had dibenarkan 80 mg alkohol dalam 100 ml darah di Persiaran Indahpura 2, Indahpura, di sini, jam 10.45 malam, 30 Mei lalu.

 

Mereka dituduh mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih daripada RM6,000 dan boleh dipenjara selama tempoh 12 bulan.

 

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,300 terhadap Anand dan akan dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda, manakala, Mohd Nurhakimi pula didenda RM4,500 atau dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Sabiq Mohd Subri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Liu Shasha, 24, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan…