Memandu dalam keadaan mabuk: wanita dipenjara 10 hari dan didenda

oleh SALINA JALIL|
Modenas

Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuching, pada hari Jumaat lalu.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, pertuduhan ke atas wanita berusia 28 tahun itu dibuat Majistret Zaitun Anuar. Menurutnya, tertuduh ditahan dalam Ops Mabuk dan ujian hembusan nafas dijalankan ke atasnya adalah positif.

 

“Hasil keputusan ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan tertuduh melebihi daripada had yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Justeru, Alexson berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.

 

Katanya, tertuduh telah membayar denda RM1,000 yang dikenakan ke atasnya.

 

 

Sumber: Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tambahan penjara sembilan bulan lagi…
Berita Global
  Kes itu mula dibicarakan pada 15 Julai atas tuduhan gagal ujian alkohol dan polis melihat…
Berita Domestik
  Katanya bertindak atas makluman sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik…