Memandu dalam keadaan dehidrasi sama bahaya dengan minum arak - kajian

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh Lougborough University mendapati keadaan dehidrasi ketika memandu mampu mengakibatkan kesan yang sama seperti memandu dalam keadaan memabukkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian itu, keadaan hipohidrasi ringan mampu menyebabkan peningkatan kesilapan yang dilakukan ketika pemanduan jarak jauh, jika dibandingkan dengan pemanduan oleh pengguna yang kekal terhidrasi.

Malah, kesan yang diamati seperti brek lewat yang mengejut, atau tersasar daripada laluan amat menyerupai mereka yang mempunyai kandungan alkohol dalam darah sebanyak 0.08 peratus (had yang dibenarkan di UK), atau mereka yang kekurangan tidur.

Mengikut garis panduan yang dikeluarkan, kita memerlukan sekurang-kurangnya 2.5 liter air atau kira-kira lapan gelas air setiap hari untuk kekal terhidrasi.

Ini kerana sekiranya pengambilan air kurang daripada jumlah yang disarankan, ia akan mengakibatkan keadaan yang digelar sebagai dehidrasi, atau kekurangan air di dalam badan.

 


Laman web Leasing Options mendapati 55 peratus daripada pengguna jalan raya di UK minum kurang daripada jumlah air yang disarankan, manakala 43 peratus lagi mengakui membuat perjalanan jauh tanpa bekalan air yang secukupnya.

Malah, kajian berasingan yang dibuat oleh WaterLogic pada tahun ini menunjukkan purata penduduk UK hanya minum 1.7 liter air, lebih rendah berbanding 2.5 liter untuk lelaki (2.0 liter untuk perempuan).

Antara simptom-simptom dehidrasi termasuklah keletihan, kepeningan, otot kejang, kehilangan fokus atau konsentrasi, serta sakit kepala di mana ia mampu memberikan kesan kepada tumpuan pemanduan.

Disebabkan itu, adalah penting untuk anda sebagai pemandu untuk memastikan tahap pengambilan air yang mencukupi sebelum, semasa dan juga selepas memandu, selain mengambil rehat yang secukupnya.

Malah, dinasihatkan juga supaya tidak menggunakan sistem pendingin hawa sepanjang masa perjalanan disebabkan ia mampu mendatangkan kesan kekeringan terhadap ruang kabin.

Sumber: Leasing Options

Berita Berkenaan

Informasi
  “Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang…
Berita Domestik
Menerusi Facebook rasminya hari ini, JPJ memaklumkan kesalahan itu dikesan melalui operasi…
Informasi
Kajian oleh firma bernama Zutobi itu menyenaraikan Afrika Selatan sebagai negara paling berbahaya…