MELARAM PAKAI ‘EKZOS PERANG’, 19 PENUNGGANG KENA TUKAR SEMULA EKZOS ASAL

oleh Penyumbang Rencana 2|
TINDAKAN 19 individu mengubah suai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising melampau membawa padah selepas mereka diarahkan memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut kenderaan masing-masing yang telah disita. Kesemua mereka yang melakukan kesalahan berkenaan berusia antara 16 hingga 40 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi sekatan jalan sejak 1 hingga 14 Mac itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujar Zakaria, pihaknya memandang serius isu pemilik motosikal menggunakan ‘ekzos perang’ atau ekzos berbunyi bising itu dan tidak akan ada sebarang kompromi. 

“JSPT Perak tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan menimbulkan rasa tidak selesa pada masyarakat.

“Setiap pemilik kenderaan yang disita atas kesalahan ubah suai ekzos juga turut perlu memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut kenderaan yang telah disita sebelum ini,” katanya.

JAS memeriksa kenderaan motor yg diubahsuai ekjoznya

Ujar Zakaria, JSPT Perak telah menyita 19 motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos sepanjang Op Khas Kesalahan Bunyi Bising.

“Sepanjang operasi selama dua minggu ini, kita sudah menyita 19 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos.

“Menerusi Op Khas Kesalahan Bunyi Bising ini juga, sebanyak 679 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya.

lagi jenis2 motor yg turut diperiksa

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar