“Insentif ini meliputi kawasan di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),” katanya.
Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan pengangkutan khas untuk mahasiswa kelahiran Melaka yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.
“Insentif ini terpakai untuk semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. Mereka perlu menghubungi sekretariat yang menguruskan inisiatif ini menerusi nombor telefon yang akan dimaklumkan kelak,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Edisi Mac 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Selasa.
Dalam ucapannya, Ab Rauf turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dan produk pelancongan baharu bagi menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa.